Cabaran Menjadi Teruna
| Cabaran Menjadi Teruna |
Teruna adalah zaman peralihan dari dunia kanak-kanak lelaki ke alam dewasa lelaki. Pada masa ini berlaku perubahan dari segi fizikal, emosi dan psikologi yang boleh menimbulkan tandatanya mengapa perubahan ini berlaku dan apakah rahsia di sebaliknya?
- Badan bertambah gagah
- Otot-otot membesar
- Bahu melebar
- Dada menjadi bidang
- Suara menjadi garau
- Skrotum membesar
- Kulit skrotum bertambah kasar dan berwarna gelap
- Saiz zakar membesar
- Tubuh bertambah tinggi
- Bulu ari-ari tumbuh dan bertambah lebat
- Skrotum semakin membesar
- Kulit skrotum semakin kasar
- Saiz zakar semakin membesar
- Jerawat mula tumbuh
- Mengalami mimpi ghairah (wet dream)
- Ketinggian bertambah
- Bulu tumbuh di ketiak dan mungkin di bahagian dada
- Misai dan janggut mula tumbuh
- Warna kulit skrotum bertambah gelap
- Saiz zakar semakin membesar
18 – 19 tahun
Menerima dengan redha bentuk tubuh yang baru akan membantu teruna meningkatkan keyakinan dan ketrampilan diri.
- Zakar
- Testis
- Skrotum
- Kelenjar prostate
- Duktus sperma
- Vesikal seminal
Zakar – Organ yang boleh mengendur dan mengembang akibat sesuatu rangsangan. Berfungsi menyalur keluar air kencing dan air mani.
- Bersihkan tubuh badan termasuk organ reproduktif dua kali sehari dengan sabun dan air
- Gunakan seluar dalam bagi menampung zakar dan skrotum
- Pilih seluar dalam yang sesuai dengan saiz tubuh
- Penggunaan seluar yang terlalu ketat menyebabkan ketidakselesaan, menyakitkan atau boleh memusingkan kedudukan testis serta menyebabkan kepanasan
- Kepanasan yang berlarutan boleh mengganggu fungsi normal testis.
Kenali masalah organ reproduktif teruna
- Bersifat logikal
- Sentiasa berperasaan ingin tahu. Mempunyai banyak persoalan seperti “mengapa” dan “kenapa” sesuatu perkara terjadi.
- Bersifat lasak, lebih bertenaga dan suka meneroka cabaran.
- Masih bersifat keanak-anakan.
- Mempunyai hubungan kekeluargaan yang kukuh dan biasanya akan berbincang masalah dengan ibu bapa.
- Mula mengutamakan rakan sebaya dari ahli keluarga dalam kebanyakan hal dan persoalan harian.
- Mencari identiti diri dalam membentuk keperibadian menjelang kedewasaan.
- Mula berfikiran abstrak di mana objek nyata dapat digambarkan dalam bentuk simbolik dan grafik.
- Telah mengenali dan menghayati identiti dirinya yang sebenar.
- Ikatan dengan rakan sebaya berkurangan dan mula beralih kepada gadis yang rapat dengannya.
- Keupayaan berfikir lebih terbuka dan mula berfikir untuk masa hadapan.
Peringkat pertengahan 15 – 17 tahun
Jika identiti diri dan keupayaan berfikir secara abstrak tidak dibimbing dengan sewajarnya, teruna boleh bersifat agresif dan liar.
Peringkat akhir 18 – 19 tahun
Daya fikiran dan imaginasi seharusnya digunakan untuk kepentingan pelajaran dan kerjaya.
- Merancap adalah perilaku yang tidak sihat untuk mendapatkan keghairahan seks secara menyentuh kemaluan dengan tangan atau menggunakan benda tertentu sehingga mencapai puncak syahwat (orgasm) yang diikuti dengan pengeluaran air mani.
- Satu perilaku yang perlu dielakkan oleh teruna.
- Perilaku ini boleh memudaratkan kesihatan fizikal dan mental jika dipengaruhi oleh dorongan nafsu dan dilakukan berulang-ulang kali.
- Ini mengakibatkan letih yang berpanjangan akibat kurang tidur dan mengganggu pelajaran dan kehidupan harian.
- Mengakibatkan gangguan mental termasuklah kemurungan dan tekanan mental akibat tidak mencapai impian.
- Boleh menimbulkan rasa bersalah dan berdosa yang berpanjangan.
- Perkara ini perlu dibincang dengan fikiran terbuka agar segala perasaan takut dan sangsi dapat diatasi.
Renungan teruna
- Menghormati nilai dan maruah diri teman wanita mereka
- Memelihara nilai percintaan yang dijalin dengan tidak mendesak teman wanitanya melakukan hubungan seksual bagi membuktikan cinta
- Memahami cinta tidak bermakna mengadakan hubungan seksual
- Membina kekuatan peribadi (inner strength) dengan pendekatan agama.
- Meluangkan masa untuk menilai kelemahan yang ada pada diri, dan membina keazaman untuk memantapkan keyakinan serta harga diri
- Makan dengan cara yang sihat dan teratur
- Bersenam secara berkala dan meluangkan masa berekreasi supaya membentuk tubuh yang sihat dan minda yang cerdas
- Memastikan masa rehat dan tidur yang mencukupi
- Mengelakkan dari mendekati perkara-perkara yang boleh merangsang dorongan seks seperti menonton atau membaca majalah lucah.
- Menjauhi dari merokok
Amalan cara hidup sihat
Teruna dan tingkahlaku berisiko
- Kecederaan akibat kemalangan
- Ketagihan rokok, arak dan dadah
- Jangkitan penyakit kelamin dan HIV/STI
- Jenayah juvana
- Tekanan mental
Teruna dan keluarga
- Hormat-menghormati ahli keluarga terutama ibu bapa
- Menjalin hubungan mesra bersama keluarga
- Meluangkan masa bersama keluarga
- Menumpukan perhatian kepada pelajaran
- Berkongsi perasaan dan masalah bersama keluarga
Gangguan seksual terhadap teruna
Tahukah anda teruna juga boleh mengalami gangguan seksual samada di sekolah atau pun di tempat kerja sebagaimana gadis. Secara umumnya gangguan seksual ini juga termasuk dalam kategori buli
yang melibatkan seksual. Gangguan seksual bukan terhad kepada perbuatan seperti meraba dan merogol semata-mata. Gangguan seksual merangkumi mengeluarkan perkataan atau mempamerkan tanda-tanda berunsur seksual atau lucah yang mengganggu perasaan orang lain. Kadang-kala gangguan seksual menjadi keterlaluan sehingga menimbulkan persekitaran kerja atau belajar yang tidak sihat dan mengganggu fungsi (performance) seseorang teruna. Gangguan seksual yang berlarutan akan menjejaskan kesihatan mental dan fizikal anda.
- Tidak ada orang yang mahu dirinya dihina atau diganggu
- Kebiasaannya teruna yang suka mengganggu orang lain mempunyai kelemahan diri. Oleh kerana tidak mahu orang lain tahu kelemahannya, dia akan mencari kelemahan orang lain agar kelemahannya tidak didedahkan.
- Gangguan seksual adalah satu jenayah dan anda boleh dikenakan hukuman sekiranya anda ditangkap.
Contoh-contoh gangguan adalah :
- Diejek apabila anda lalu di hadapan sekumpulan gadis
- Dipanggil “sissy” oleh teman-teman
- Ditunjuk simbol-simbol yang berunsur lucah
- Dicubit/raba tanpa sebab seperti dipinggul atau paha
- Seseorang memandang anda dengan senyum sambil menjilat bibir
Jadilah diri anda
- Saya berpuas hati dengan diri saya
- Saya bersenam/berekreasi sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
- Saya mengekalkan berat badan unggul
- Saya minum susu setiap hari
- Saya makan malam bersama ahli keluarga yang lain
- Saya mampu katakana TIDAK pada rokok, arak dan dadah
- Saya mampu menolak pelawaan untuk melakukan aktiviti yangberbahaya dari rakan-rakan sebaya
- Saya menggunakan topi/tali keledar apabila menaiki motosikal/kereta
- Saya mampu berkomunikasi secara berkesan dengan ibu bapa saya
- Saya mampu berkomunikasi secara berkesan dengan rakan-rakan sebaya
- Saya mempunyai hubungan yang erat dengan ahli keluarga saya
- Saya berkongsi masalah saya dengan orang yang saya percayai
- Saya tidak mempunyai masalah dengan teman wanita/lelaki istimewa saya
- Saya mempunyai masa depan yang cerah
Sekiranya anda menjawab tidak pada mana-mana soalan, cuba perbaiki keadaan ini dengan mendapatkan pertolongan dari guru, ibubapa atau orang dewasa yang anda percayai. Penyelesaian awal akan menjadikan anda teruna yang yakin dengan diri sendiri.
- Remaja usia mengasah potensi
- Esok dewasa berwawasan tinggi
- Mulakan amalan cara hidup sihat
- Alah bisa tegal biasa
- Jadi panduan kesihatan diri

