AIR MANDIAN WANITA DALAM PANTANG
Ketika menjaga isteriku dalam pantang, orang tua ada menyuruh aku untuk menyediakan bahan2 mandian bagi wanita dalam pantang, untuk ape? untuk membuang angin disamping membetulkan urat-urat dalam badan, selain memberikan kesegaran pada badan, antara bahan2nya ialah
1) Daun Serai wangi
2) Daun pandan bersama akar perdunya
3) Daun Inai
4) Daun jambu batu
bahan tersebut direbus sehingga mengeluarkan bau harum( bau serai wangi) dan berwanrna kuning, ia boleh dipakai selama 5 hari untuk satu set, cuma tambahkan air sahaja, air mandian ini digunakan 2 kali sehari

