Menjadi Nelayan
Pada minggu lepas, saya bersama-sama rakan sejawat telah ke terengganu nak mencuba menjadi nelayan, kami bukan menangkap ikan tapi menangkap sotong, rupa sotong perlu dicandat seekor – seekor bukan macam ikan hanya mengunakan pukat, dan dapat ditangkap dalam jumlah yang banyak, terasa susah sangat kehidupan sebagai nelayan untuk meneruskan kehidupan membesarkan anak-anak, mungkin kita terasa hidup kita susah dengan kredit keliling pinggang tapi sebenarnya ramai lagi orang yang susah, saya pernah membaca buku yang bertajuk ” Jangan Bersedih ” kata pengarang buku itu hidup ini sebenarnya hanya untuk sesuap nasi sahaja, selebihnya adalah kelebihan masing-masing, tapi ada yang susah sangat walau untuk mendapatkan sesuap nasik dan hidup tanpa keperluan asas, tapi kita walaupun susah kita cukup dengan segala keperluan dan kemudahan. Bila kita rasa susah kita sepatutnya bersyukur kerana itu adalah isyarat yang Allah beri untuk kita muhasabah diri dan kembali ke pangkal jalan.

