HIDUP

Hari-hari yang penuh sibuk dengan mencari rezeki untuk keluarga, tapi pernahkah anda terfikir kemanakah arah kita? kadang-kadang kita rasa seperti robot yang berkerja untuk meneruskan hidup, kenapa? kerana kita hidup tanpa tujuan, sebab itulah kita perlu kepada pegangan hidup dan petunjuk ( Al-Quran dan al sunnah) yang menjadikan hidup lebih bererti dan bermakna, apakah kepuasan hidup yang kita cari? bagaimana? adakah dengan ada duit yang banyak kita akan bahagia? apakah itu kepuasan hidup? jika difikirkan hidup sebenarnya sangat ringkas, dan jika kita tahu dimana akhirnya seorang manusia itu ( mati ), nescaya dunia akan aman…… sedarlah, siapalah kita tanpa rahmat, nikmat, dan rezeki Allah, semuanya dipinjamkan untuk tempoh yang singkat, bersyukur dengan apa yang ada, berusaha untuk rezeki yang berkat untuk hari esok, semoga hidup kita dirahmati Allah didunia ini, Amin…

Tags:

Leave a Reply