Pelbagaikan makanan
KENAPA KIT A PERLU MEMPELBA6AIKAN JENIS MAKANAN?
Tubuh kita memerlukan lebih daripada 40 jenis zat makanan untuk kesihatan. Zat makanan yang diperlukan termasuk pelbagai jenis vitamin, zat galian, asid amino daripada sumber protein. Ini termasuk beberapa jenis asid lemak dan sumber kalori untuk tenaga.
Zat-zat makanan perlu diperolehi daripada jenis makanan kerana TIDAK ADA SATU PUN MAKANAN yang dapat membekalkan kesemua zat makanan dengan lengkap.
Setiap jenis makanan adalah unik. Selain daripada membekalkan zat makanan, makanan mengandungi pelbagai bahan lain yang memberi khasiat untuk kesihatan.
BA6AIMANA MEN&APATKAN MAKANAN SEIMBANG?
Bagi memudahkan pemilihan, makanan dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut fungsinya. Pilih makanan dari ketiga-tiga kumpulan setiap hari dan pelbagaikan jenisnya dari kumpulan-kumpulan tersebut.
Kumpulan Karbohidrat – Makanan Pemberi Tenaga
Bijirin, ubi dan buah-buahan berkanji.
Lebihkan pengambilan bijirin penuh yang juga membekalkan serat dan vitamin.
Kumpulan Vitamin dan Zat Galian – Makanan Yang Menjauhkan Penyakit
Buah-buahan dan sayur-sayuran seperti betik, jambu batu, kangkung dan sawi.
Buah-buahan dan sayur-sayuran juga adalah sumber serat yang baik.
Kumpulan Protein – Makanan Untuk Pertumbuhan
Ikan, kerang, daging, susu, telur, kekacang dan biji-bijian. Susu, ikan bilis dan ikan sardin juga
mengandungi zat galian dan kalsium. la perlu untuk pertumbuhan tulang dan gigi. Daging, hati
dan kekacang adalah sumber utama zat besi. la penting untuk pembentukan sel darah merah.
Tags: jenis makanan, kabohidrat, makanan, makanan sihat, protein, seimbang, vitamin, zat, zat galian

