Kokain

APA ITU KOKAIN ? kayu koka ker?
§ Kokain berasal daripada daun koka atau Erythroxylon coca dan lain-lain jenis pokok Erythroxylonyang terdapat di Peru, Bolivia, dan Colombia di Pergunungan Andes, Amerika Selatan. Ianya kebanyakan digunakan di Amerika Syarikat.

§ Jenis-Jenis Kokain

~ Daun Koka (Coca Leaf)

Daun koka adalah daun pokok Erythroxylon Coca yang tumbuh di kawasan Pergunungan Andes,

Amerika selatan

~ Paste Koka (Coca Paste)

Paste Koka adalah bahan ekstrak pertama daun koka selepas

daun tersebut dituai. Ia diperolehi dengan mencampurkan daun

koka hancur dengan alkohol/benzol, asid sulfurik dan natrium

karbonat serta menapis dan mengeringkan campuran tersebut.

Ia kebanyakannya mengandungi alkaloid koka dan juga dikenali

sebagai bes koka atau base (dalam Bahasa Sepanyol, disebut

sebagai bah-say). Ia dihisap bersama ganja atau tembakau.

Paste koka dibersikan untuk dijadikan kokain.

~ Kokain

Kokain adalah serbuk hablur putih dan tidak berbau yang

dihasilkan daripada paste koka. Ia seringkali didapati dalam

bentuk kokain hidroklorida dan merupakan bahan stimulan

yang kuat. Ia selalunya dihidu (untuk kokain yang sehingga 82%

tulen). Ia juga kadang-kadang dicampur dengan heroin

(speedballing) dan disuntuik ke dalam pembuluh darah

(mainlining) atau di bawah kulit (skin-popping)

~ Cocaine Freebase

Cacoain freebase adalah bes kokain yang bebas daripada
segala bahan campuran dan dihisap dalam bentuk tulen. Ia
diperolehi dengan melarutkan kokain, yang biasanya tidak lebih

daripada 50% tulen, ke dalam air yang mana kemudianya

diekstrak dengan menggunakan paip khas.

~ Crack Cocaine

Crack Cocaine yang juga dikenali sebagai kokain Rock adalah

nama untuk sejenis kokain tulen (freebase) yang dihisap. Crack

cocaine adalah campuran kokain dengan baking powder yang

hasilnya berbentuk granules. Crack yang mempunyai ketulenan

sehingga 90 % adalah sangat berbahaya kerana mendatangkan

ketagihan teruk selepas penggunaan yang agak singkat.

KESAN DAN BAHAYA PENGGUNAAN
Euforia;
§ Bercakap berlebih-lebihan. Dengan dos yang tinggi menyebabkan percakapan tidak difahami oleh orang lain kerana tidak logik atau munasabah;

§ Rasa puas hati yang diperolehi dengan dos rendah bertukar kepada rasa bimbang dan resah gelisah dengan dos tinggi;

§ Rasa cergas yang diperolehi dengan dos rendah menimbulkan kekeliruan dengan dos tinggi;

§ Tidak dapat tidur;

§ Tidak menghiraukan kesihatan dan kebersihan diri;

§ Halusinasi dan paranoia;

§ Desakan untuk melakukan kerja yang berulang-ulang;

§ Pergantungan fizikal dan psikologikal serta meningkatkan daya tahan dan

§ Psikosis kokain seperti psikosis amfetamin.

Tags: , , , ,

Leave a Reply