PERTOLONGAN CEMAS
Pada Program PRS Wanita yang dianjurkan lepas , beberapa peserta telah mengalami lelah yang agak teruk, yang menjadi masalah ialah tiada urusetia program yang mahir dalam pertolongan cemas, Pertolongan cemas merupakan satu aspek penting dalam kehidupan harian. Ia merujuk kepada tindakan awal atau pertama yang dilakukan dalam keadaan kecemasan. Dengan perkataan lain, ia merupakan pertolongan cemas terhadap individu tertentu yang cedera atau tidak berupaya, sementara menunggu ketibaan pegawai perubatan ataupun sebelum di hantar ke klinik atau hospital terdekat. Ia mungkin dapat membantu memperbaiki keadaan mangsa atau dapat menyelamat dan menyembuhkan kesakitan yang dialaminya. Walau bagaimanapun, pertolongan cemas tidak boleh dijadikan penggantian kepada penjagaan perubatan sebenar. Ia hanyalah merupakan suatu pertolongan yang dapat diberi sementara bantuan sebenar tiba. Jadi pertolongan cemas sebenarnya perlu dipelajari oleh setiap orang walaupun kita kerja dipejabat yang berhawa dingin. kenapa?kerana kita akan berhadapan dengan situasi cemas yang memerlukan kita kepada kemahiran tersebut, jadi marilah kita sama mencari kemahiran pertolongan cemas

