PENGSAN – Apa nak buat???
Dulu masa di IPT saya pernah main satu permainan yang sangat bahaya, biasanya budak-budak silat yang tahu main ni, caranya tarik nafas dan kawan menekan pada bahagian bawah leher dan serta merta pandangan mata gelap dan terlelap sebenarnya pengsan, risikonya sangat tinggi kerana boleh menyebabkan kerosakan otak, dan ketika saya tidak sedarkan diri, saya hanya bergantung pada oksigen yang disedut beberapa saat sahaja.Pengsan terjadi seketika berpunca dari pengurangan pengaliran darah ke otak yang sementara. Disini saya sediakan tips yang boleh dilakukan jika menghadapi situasi orang pengsan.
- Jika mangsa telah pengsan tetapi masih bernafas seperti biasa, baringkannya dengan kaki ditinggikan sedikit dari paras kepala.
- Longgarkan pakaian mangsa di bahagian leher, dada dan pinggang untuk memudahkan pernafasan.
- Mangsa patut terus berbaring untuk beberapa minit selepas pulih.

