Dirasuk
Zaman moden kini ramai yang tidak percaya dan yakin perkara-perkara ghaib seperti wujudnya makhluk lain selain dari manusia ( JIN ) , sedangkan kita wajib beriman kepada perkara-perkara ghaib, walaupun kita cakap kita beriman tapi kita tak yakin. saya terasa sangat kewujudannya selepas program intervensi pelajar di ALIM, Jugra Banting, Apabila kami membuat aktiviti masuk kubur, seorang dari pelajar telah dirasuk, masuk barulah tahulah macam mana rupa orang yang dirasuk. Ceritanya begini ketika nak membawa seorang pelajar masuk kubur, salah seorang menangis dan tidak mahu masuk kubur dan kami tinggalkan budak tadi di astaka belati dekat kubur, masa tu gelap sangat sebab lampu semua dipadamkan. Bila kami datang balik tengok budak tadi tengah makan sisa makanan dengan rakus dekat tong sampah, saya dah rasa semacam dan bila ditegur ya Allah mukanya dengan mata yang menyerigai, masa tu panggil ustaz pun, ustaz pun lari ketakutan. Namun apa pun kesudahannya pada hari itu pengajarannya kita makhluk Allah walaupun kita rasa kita kuat dan penuh ilmu didada tetapi jika Allah mahu kita jatuh, kita akan jatuh. Ingatan saya sentiasalah berdoa semasa kita lapang dan senang kerana dimasa kita susah Allah pasti menolong kita. insya Allah

