BAGAIMANA MENDAPATKAN RAWATAN PERUBATAN FIRST CLASS DI HOSPITAL KERAJAAN?

Pada hari sabtu yang lepas, pihak Agensi saya telah menganjurkan pertandingan Futsal wanita khas bagi pegawai dan kakitangan termasuk klien Agensi, semasa pertandingan seorang klien agensi telah pitam akibat bola futsal yang jatuh atas kepala pada ketinggian 15 kaki, pihak Agensi terlepas pandang dari sudut aspek kecemasan, walaupun begitu Klien Agensi tadi telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya, yang merupakan Hospital separuh kerajaan, surat jaminan tidak dapat disediakan, apa yang ingin saya ceritakan bayaran untuk mendapatkan rawatan, pendaftaran sahaja RM20, Klien tadi kena CT scan dan X-Ray di bahagian kepala, CT Scan RM 350, X-Ray RM 70, bagi mereka yang bekerja dengan kerajaan, percuma sekiranya ada surat jaminan dari jabatan, saya terfikir macam mana orang yang tidak berkhidmat dengan kerajaan, adakah mereka mampu? pada masa yang sama saya terjumpa dengan seorang yang berpangkat pakcik, katanya orang tak kerja kerajaan pun boleh dapat rawatan percuma di Hospital Kerajaan, malah kelas pertama lagi ( kakitangan Kerajaan kelas pertama untuk pegawai keatas sahaja – Peringkat Ijazah) saya tanya macam mana? katanya………….. jadilah seorang PENDERMA DARAH yang setia, saya tanya lagi, macam mana? DERMA DARAH SEBANYAK 41 KALI, itulah jawapannya, dan pakcik itulah orang yang saya jumpa paling banyak menderma darah iaitu sebanyak 47 kali, Syabas Pakcik….!!!!!!

Tags: , , ,

Leave a Reply