AIR
Ada yang mengatakan air zamzam ini dapat menyembuhkan penyakit, dan ada juga pendapat bahawa air zamzam ini dapat mengenyangkan perut, walaubagaimana pun menurut kajian yang telah dibuat mendapati air zamzam mengandungi kalsium dan magnesium yang tinggi berbanding air lain. Mungkin kelebihan itu membuatkan jemaah haji yang kepenatan berasa segar semula selepas meminum air zamzam.
Lebih penting, air zamzam mengandungi fluorida yang berkesan membunuh kuman.
Hasil kajian terhadap air zamzam menunjukkan air itu:
#Tidak pernah kering.
Telaga zamzam tidak pernah kering malah sentiasa mencukupi keperluan terhadap air.
#Mengandungi kandungan garam.
Air zamzam mengandungi kandungan garam sama dan rasanya tidak berubah sejak dulu.
Air zamzam memang terkenal dan semua jemaah haji yang datang ke Makkah tidak pernah mengadu mengenai air zamzam. Sebaliknya mereka gembira kerana dapat menikmati air yang memberi kesegaran kepada mereka.
#Rasa sejagat.
Air daripada tempat yang berbeza selalunya rasanya pun berbeza tetapi tidak air zamzam kerana rasanya tetap sama.
#Tiada hidupan lain.
Air zamzam tidak pernah dirawat secara klinikal atau dimasukkan klorin seperti air paip biasa. Selalunya air telaga mengandungi hidupan yang memberi kesan kepada rasa atau bau airnya. Tetapi tidak air zamzam kerana tiada hidupan dijumpai di dalamnya.
Tags: air

