Khasiat kapur sirih, bawang dan daun gajus yang mungkin anda tidak mengetahuinya!!

Khasiat kapur sirih
Kapur sirih memang banyak gunanya selain dari untuk membuat kuih-muih, lontong ataupun untuk makan sirih. Disini ditunjukkan beberapa panduan yang baik untuk menggunakan kapur itu.

  • Kapur baik untuk menyembuhkan bisul, caranya ialah dengan menyapukan sedikit kapur sirih kepada bahagian bisul tadi disekelilingnya, nescaya dalam masa dua hari bisul tadi akan segera mengering.
  • Untuk menghilangkan kutil atau mata ikan pada tubuh. Caranya ialah dengan menghiris kutil tadi sampai ke akarnya dengan menggunakan pisau bersih, kemudian sapulah dengan kapur sirih tadi. Sapukan beberapa kali hingga kutil tadi hilang terus dan tidak akan tumbuh lagi.

Khasiat bawang
1. pening kepala:

potong 2 ulas bawang putih dan telan bersama sedikit air. sapu tempat yang sakit dengan minyak bawang putih.
2. lemah otot:
ambil tiga ulas bawang putih dan hancurkan. kemudian minum bersama susu unta setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yang lemah.
3. demam selsema:
makan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak tiga kali sehari. dan minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap bawang putih.
4. susah hadam:
rebus bawang merah bersama kulitnya. kemudian kupas bawang itu. bawang itu haruslah dihancurkan dan dicampurkan ke dalam madu asli dan dijadikan krim sapuan roti. amalkan selalu.

Khasiat daun Gajus untuk awet muda

Memiliki wajah yang cantik dan berseri memang menjadi idaman setiap orang terutama wanita. Malah golongan wanita sanggup memperuntukkan perbelanjaan tinggi semata-mata untuk memastikan mereka terus kelihatan awet muda.Pelbagai jenama barangan kosmetik dan penjagaan kulit tempatan dan import dijual secara berleluasa di pasaran dengan sasaran pembelinya adalah wanita. Pun begitu, terdapat ramai wanita yang hampa dan kecewa kerana tersalah pilih barangan kosmetik. Ini bukan saja merugikan mereka, malah sesetengahnya mengakibatkan keadaan wajah dan kulit mereka bertambah buruk. Oleh sebab itu ramai yang bimbang menggunakan barangan kosmetik yang dijual di pasaran kerana khuatir menghadapi kesan sampingan.

Pilihan alternatif bagi mengekalkan wajah cantik ialah menerusi penggunaan herba atau jamu yang tidak kurang sambutannya. pembaca berpeluang mencuba kaedah penjagaan wajah dan kulit menggunakan herba GAJUS atau dikenali sebagai KETEREH, JANGGUS dan JAMBU GOLOK.

Herba dengan nama saintifiknya Anacardium occidentale ini adalah dari keluarga tumbuhan Anacardiaceae. Para penyelidik dari Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) sebelum ini membuktikan pucuk gajus boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik. Pucuk gajus didapati mengandungi 97.6 peratus aktiviti pembersihan toksik. Di dalam pucuk gajus terdapat bahan antioksida yang boleh meneutralkan dan melawan bahan toksik di dalam badan. Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu, pucuk daun gajus boleh melambatkan proses penuaan. Menurut beliau, ini akan membantu wanita yang memakannya memiliki wajah awet muda.

Pucuk yang telah dibersihkan dimakan begitu saja sebagai ulam ataupun diminum air rebusannya. “Mereka yang mengamalkannya dapat merasakan perbezaan kehalusan kulit di samping ia turut memberi kesegaran kepada tubuh,” ujar beliau. Tambah Tajuddin, selain khasiat awet muda dan kesegaran tubuh, pucuk gajus juga boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan sakit kencing manis. Menurut beliau, air rebusan pucuk daun atau kulit kayu pokok gajus yang dikumur- kumurkan juga boleh mengubati sakit seriawan atau ulser mulut. Manakala kulit kayu pokok gajus yang digiling sampai lumat boleh merawat luka, badan melecur, sakit gigi, tapak kaki pecah-pecah dan terkena gigitan binatang berbisa. “Kulit kayu yang telah digiling atau ditumbuk halus itu ditampalkan pada bahagian-bahagian berkenaan. “Bagi kes sakit digigit binatang bisa, pesakit perlu mengeluarkan bisanya terlebih dahulu sebelum melakukan kaedah rawatan menggunakan kulit kayu gajus ini,” jelasnya.

Leave a Reply