DIARI SEORANG AYAH
Salam kepada kawan2 semua, Pada 5 September, maka genap 1 bulan aku menjadi ayah kepada seorang puteri, pengalaman yang amat berharga buat diri, puteriku telah lahir pada 5 ogos 2009 hari rabu, pada hari tersebut ketika aku dalam perjalanan ke pejabat, aku telah menerima panggilan telefon dari isteriku memberitahu ada sedikit darah keluar dari rahimnya, aku ingin terus bergegas ke tempat kerjanya di putrajaya, katanya tak perlu kerana dia boleh minta kawannya hantarkan, pintanya agar aku terus ke hospital ( PPUM), aku tidak terus ke sana tetapi aku gagahkan diri ke pejabat untuk memberitahu bosku keadaan isteri, aku bergegas dan menunggu di hospital ( PPUM), rasa hati tidaklah begitu takut, oleh kerana debaran untuk menjadi ayah lebih kuat, isteriku tiba dalam keadaan menangis, agaknya takut kerana bakal melahirkan anak, aku cuba menenangkannya dan membawanya terus ke wad bersalin, dari pagi sampai ke petang aku sabar menunggu, kata orang anak pertama lama, hampir sepuluh jam, tetapi isteriku lain pula ceritanya, pada pukul 3.35 petang doktor memanggilku, katanya isteriku tidak boleh bersalin normal bukan kerana bukaan rahimnya tidak cukup atau terhenti tetapi kepala bayi terlalu jauh dari pintu rahim, doktor juga memberitahu untuk menggunakan kaedah forcep atau vacuum juga mustahil, memandang bayi pun semakin lemah, aku memilih untuk agar isteriku dibedah sahaja, tepat pukul 5.30 petang isteriku selamat melahirkan seorang puteriseberat 3.35kg, alhamdullilah aku panjatkan syukur pada Illahi……..aku azan ditelinga kanan dan iqamah ditelinga kiri, puteriku tersenyum….
Tags: anak pertama, ayah, jadi ayah

