DIARI SEORANG AYAH – CHEWING GUM
Kesibukkan tugas dipejabat membuat saya kekurangan masa untuk menulis blog walaupun banyak sangat perkara yang hendak dikongsikan bersama pengunjung blog dan pelanggan urutsihat antaranya adalah diari saya sebagai seorang ayah, pada waktu anak perempuan saya manjangkau umur 2 bulan, dalam tempoh 1 minggu sebelum masuk umur 2 bulan, anak perempuan saya tidak tidur dari 12 tengah malam hingga 6 pagi, saya memang biasa tidur lambat tapi bukan tidak tidur langsung ( Biasa online sampai jam 3 pagi sahaja) jadi bila sampai 6 pagi, tidur pun tak cukup, pagi terus pergi keje ( moto) , waktu pagi masih lagi sedar, tapi bila waktu balik kerja rasa mengantuk sangat, adakalanya sampai terlelap atas moto, suatu hari, saya tak bernasib baik, lupa pula baca doa naik kenderaan, saya tertidur semasa menunggang bila saya buka mata tayar depan moto dah masuk longkang, tak sempat nak buat apa-apa, saya jatuh, ada luka dan calar-calar pada badan, alhamdullilah saya selamat, saya ambil cuti sakit keesokan harinya, bila saya datang kerja, pegawai atasan saya berkata ” kita bukan hidup untuk diri kita, tapi kita hidup untuk keluarga dan orang lain” kata -kata nya membuat saya rasa sedih, andainya saya pergi…….. siapa yang akan menjaga anak dan isteri saya, ibubapa saya, walaupun saya tahu ajal tetap akan datang, tetapi tidak seawal ketika saya baru bergelar ayah, bila di fikirkan balik musibah kemalangan sebenarnya boleh dielakkan. Bagi mengelakkan mengantuk semasa menunggang saya cuba kunyah gula-gula getah ( chewing gum) , rasa mengantuk tiada lagi, suatu hari ketika saya melihat cermin, saya lihat ada perubahan pada muka saya , kecil sedikit agaknya inilah hasil mengunyah gula-gula getah semasa menunggang moto, secara tidak langsung saya dapat hilangkan rasa mengantuk dan dapat buat senaman muka, sekian
Tags: chewing gum, hilangkan rasa mengantuk, jatuh moto, senaman muka

