Punggung mantap dan seksi
Ahad..11 Mei 2008.. (Hari Ibu Sedunia)
Semalam tanggal 11 Mei 2008..merupakan Hari Ibu untuk ibu-ibu seluruh dunia..Aku ni..tak dapat la nak sambut hari ibu lg..sebab belum pon jadi ibu..comming soon kot..hehehe
. Tp aku tak lupakan ucapan utk mak aku yang tersayang..just dalam phone jerk…nak balik kg..baru je balik mgu lepas..
Nak jadikan cite..walaupon aku ni bukan ibu lagi..tp hubby aku tetap gak bwk aku g celebrated…g makan2..nengok wayang..cite iron man…best woo…sape yg lum g tgk tuh..g la..cuci2 mata nengok..
Before wayang bermula…aku n hubby sempat jejalan area jusco. Kebiasaannya hubby mesti la g kedai fav dia..iaitu POPULAR…tak pon mana2 kedai buku yg kami terserempak..Aku ikut jer..nak kena gak layan hobi hubby aku ni…Belek nye belek..aku nengok majalah RAPI…ade byk info kesihatan yg menarik..so kat sini aku ade sikit info yg bole dikongsi dgn kwn2 diluar sana..melalui RAPI yg aku beli..Jadi pada sesiapa yg tak sempat nak beli RAPI utk bulan Mei bolela..belek blog kami ni.
InsyaAllah setiap bulan aku akan updat info2 kesihatan yg ada di dalam RAPI utk kawan2 sume..(Kena beli RAPI tetiap bulan la sayang..info utk hubby). info untuk bulan Mei “Bagaimanakah kite bole memiliki punggung mantap dan seksi”..Baguih ni…klu amalkan mesti hubby kite sume bertambah syg kat kite…
1. SQUAT HAMSTRING
Berdiri dengan kedua belah kaki rapat dan tangan lurus ke atas.
Secara perlahan, tolak punggung ke belakang kemudian turunkan sedikit seperti hendak duduk.
Tolak dada ke hadapan dan turunkan tangan ke belakang.
Bertahan sehinggan kiraan empat sebelum kembali ke posisi asal.
Ulangi gerakan ini sebanyak lima kali.
2. FLY-A
Berdiri dengan kedua belah kaki terbukalebih lebar daripada bahu.
Pastikan tapak kaki menghala ke sisi luar.
Turunkan punggung perlahan-lahan sehingga membentuk huruf A sambil tangan di angkat ke atas.
Kemudian tolak badan ke hadapan dan turunkan tangan dari atas kepala ke hadapan dada.
Kunci otot perut dan bertahan dalam posisi tersebut untuk beberapa saat.
Kembali ke posisi asal sebelum ulangi gerakan ini sebanyak lima kali.
3. HIP CROSS
Dalam keadaan berdiri, silangkan kaki kanan sedikit ke hadapan kaki kiri.
Angkat tumit kaki kanan.
Angkat tangan dan pastikan ia saling berpegangan di atas kepala.
Kemudian goyangkan punggung ke kanan sambil mengkontraksikan otot punggung dan gerakkannya ke hadapan.
Pada masa yang sama gerakkan tangan ke kanan sedikit.
Kunci perut sebelum mengulangi gerakan yang sama dengan menukar kaki.
4. PELVIC BUTTERFLY
Dalam keadaan duduk, turunkan bahagian belakang badan perlahan-lahan.
Sebelum mencecah ke lantai, tongkat dengan tangan yang menekuk disisi tubuh (lengan bawah menyentuh lantai).
Rapatkan kaki, tekuk lutut sehingga membentuk sudut 90 darjah dan angkat kaki ke atas.
Kemudian ketemukan kedua tapak kaki dan buka kedua belah lutut dengan lebar.
Ulangi gerakan ini beberapa kali.
5. THE SCISSOR
Dalam keadaan terlentang. letakkan tangan di bawah punggung.
Angkat kedua belah kaki ke atas sehingga membentuk sudut 45 darjah dari lantai.
Kemudian gerakkan kaki saling menyilang seperti pergerakkan menggunting.
Lakukannya beberapa saat.
6. PELVIC UP DOWN
Masih dalam keadaan telentang, tekuku kedua belah lutut.
Angkat punggung perlahan-lahan ke atas sehingga membentuk satu garis lurus dari lutut hingga atas punggung.
Bertahan sebentar, kemudian turunkan punggung, tetapi jangan sampai menyentuh lantai. Kunci perut.
Fokuskan pada otot bahagian punggung.
7. CAT POSE
Dalam posisi merangkak, rapatkan kedua belah kaki.
Lengkukkan punggung dan bahagian atas badan ke atas, kemudian tarik perut ke dalam.
Bertahan dalam kiraan empat.
Kembali ke posisi asal dan ulangi gerakan ini sebanyak lima kali.
8. DOGGY BEAT TOCK
Dalam keadaan telangkup, buka kaki selebar bahu dengan kedua belah tangan di tekuk.
Perlahan-lahan, angkat punggung, tubuh dan atas paha.
Pastikan kedua belah lutut kekal menyentuh lantai.
Kemudian, turunkan sedikit punggung sebelum kembali ke posisi asal.
Ulangi gerakan ini sebanyak lima kali.
9. DOG POSE
Dalam posisi merangkak, angkat kaki kiri dan tolak ke bahagian dalam.
Pastikan kedudukan paha sejajar di atas lantai.
Setelah itu, turunkan sedikit paha kiri (lebih kurang 45 darjah), dan naikkannya kembali.
Ulangi gerakan ini sebanyak lima kali, kemudian tukar pada sebelah kaki kanan pula.
10. SIDE HIP
Baring pada sisi kanan
Tekuk kaki dan tolak ke atas menghala ke sisi kiri.
Tahan tubuh dengan tangan kanan sebagai tongkat.
Angkat kaki kiri, letakkan tapak kiri dihadapan lutut kanan.
Kemudian, angkat punggung ke hadapan.
Bertahan dalam kiraanempat sebelum kembali ke posisi asal.
Ulangi gerakan yang sama pada sisi badan satu lagi.
SELAMAT MENCUBA!!!

