Amalan dalam rumahtangga
Biasanya selepas makan malam, saya akan tolong isteri basuh pinggan mangkuk dan kemas dapur , kenapa ?? bukan nak tunjuk rajin tapi saya mengamalkan cara yang mudah supaya perut tidak boroi, kata orang tua selepas makan nasi, jangan duduk kalau boleh berdiri selama 1/2 jam dan lebih baik lagi berjalan 40 langkah, jadi bila saya tolong isteri secara tidak langsung saya mengamalkan petua tersebut dan lama kelamaan ia menjadi amalan saya, cubalah seronok jugak….

